Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 19 December 2011

Alhamdulillah


Syukur alhamdulillah atas hembusan nafas yang belum pernah terhenti hingga saat ini..


  • atas langkah kaki yang masih tegap,
  • atas kedua belah tangan yang masih sempurna bergerak,
  • atas semua indera yang masih berfungsi,
  • atas keluarga besar dan penuh suka duka,
  • atas sahabat yang menjadi tempat berkongsi,
  • atas orang-orang yang menjejakkan hikmah di setiap saat kehidupan,
  • atas hidup, atas kehidupan,
  • atas pahit manisnya kehidupan,
  • atas pelajaran yang sederhana mahupun yang mahal tak terhingga,
  • atas segala kesedihan hati,
  • atas segala kebahagiaan,
  • atas segala kekecewaan,
  • atas segala kepuasan hidup,
  • atas segala yang dimiliki dan tak miliki...


Ada orang yang xpunya apa-apa, tapi tetap hidup dengan selesa, jadi kenapa yang punya sedikit
kelebihan mula meninggi diri??

Saturday, 17 December 2011

Be the 1st to share d news over Twitter & Facebook & be rewarded! & remember to tell your friends about #ChurpChurp

Be the 1st to share d news over Twitter & Facebook & be rewarded! & remember to tell your friends about #ChurpChurp


siapakah wanita cantik itu?



  • dia melukis kekuatan melalui masalah.
  • dia tersenyum saat tertekan.
  • dia tertawa saat hati sedang menangis.
  • dia tabah saat dihina.
  • dia mempesona kerana memaafkan.
  • dia mengasihi tanpa balasan.
  • dan dia bertambah kuat dalam doa serta pengharapan ilahi....
p/s-   lelaki ,sering mempersoalkan wanita kerana wanita sering mengalirkan airmatanya. segagah-gagah
         lelaki, sedarlah, pada suatu hari nanti, pasti juga, lelaki mengalirkan airmatanya kerana cintanya kepada
         wanita. alangkah hebatnya ciptaan ILAHI ; wanita dianggap lemah tetapi mampu mengalirkan airmata
         seorang 'wira'. ajaibnya ciptaan ALLAH SWT, dan uniknya wanita hingga tertulisnya di dalam al-Quran
         di dalam Surah An-Nissa..

         http://www.quran4theworld.com/translations/Indonesian/4_91-120.HTM

Betapa kau menjaga hati si dia,
hingga kau terlupa menghargai pencipta jiwa..
Betapa kau merindu padanya,
hingga kau terlupa mengingati empunya cinta..
Betapa kau menangisi kehilangannya,
hingga kau terlupa pemilik nyawa..

Hebat sangatkah dia, hingga kau terlupa padaNya yang Mencipta??

Tak salah kita mencintai dunia, tapi.......
INGATLAH TIADA DAYA DAN UPAYA KITA..
MELAINKAN HANYA DENGANNYA YANG MAHA KUASA..



Wahai jiwa yang sedang berduka lara ;bersuka ria, dengarkan firman Allah SWT..
        'boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian..      
        dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi 
        kalian.. Allah Maha Mengetahui, sedang kalian tidak mengetahui'